Khamis, 21 November 2013

Tuhanlah Yang Mendirikan Gereja-Nya



Aku akan mendirikan jemaat-Ku dan alam maut tidak akan menguasainya. (Matius 16:18)

I will build my church; and the gates of hell shall not prevail against it. (Matthew 16:18)


Dua Fakta Penting Mengenai Gereja;

1. Gereja itu milik Tuhan

Aku akan mendirikan jemaat-Ku  (Matius 16:18)

2. Tuhan akan mendirikan Gereja-Nya

Aku akan mendirikan jemaat-Ku  (Matius 16:18)

-----------------


Seorang pastor sedang memikirkan apa yang perlu dilakukannya untuk membawa pertumbuhan dalam gerejanya setelah beberapa bulan tidak kelihatan pertambahan ahli. Semasa dia memikirkan semua ini, dia pun tiba di gereja dan meletakkan kereta Kancilnya di depan gereja.

Sebaik sahaja keretanya berhenti di hadapan gereja, tiba-tiba Tuhan berbicara dalam hatinya, "Aku akan mendirikan Gereja-Ku."

Pada saat itu juga, pastor itu mula menyedari bahawa gereja itu milik Tuhan, dan Tuhanlah yang akan mendirikannya. Pastor itu menerima perkataan Tuhan itu dengan penuh keyakinan dan tidak lagi risau mengenai pertumbuhan gereja. Dan hairan sekali, gereja mula bertumbuh dan bertambah ahlinya dalam beberapa bulan sejak itu walaupun pastor itu tidak melaksanakan apa-apa acara atau program yang istimewa. Sesungguhnya Tuhanlah yang telah mendirikan Gereja-Nya!


Jikalau bukan TUHAN yang membangun rumah, sia-sialah usaha orang yang membangunnya; jikalau bukan TUHAN yang mengawal kota, sia-sialah pengawal berjaga-jaga. (Mazmur 127:1)



Jumaat, 8 November 2013

Ciri-Ciri Ibubapa Yang Mengajar Anak-Anak



...supaya seumur hidupmu engkau dan anak cucumu takut akan TUHAN, Allahmu, dan berpegang pada segala ketetapan dan perintah-Nya yang kusampaikan kepadamu, dan supaya lanjut umurmu. (Ulangan 6:2)

Seringkali ibubapa merasakan bahawa mereka tidak cukup kebolehan atau kemahiran untuk mengajar anak-anak Firman Tuhan. Tetapi bagi Musa, itu bukanlah ciri-ciri utama yang diperlukan oleh ibubapa untuk mengajar anak-anak mereka. 

Bagi Musa, ciri-ciri yang utama yang diperlukan oleh ibu-bapa untuk mengajar perintah Tuhan kepada anak-anak (seperti tertera dalam Ulangan 6:1-7) ialah;

1) Ibubapa yang Mengasihi Tuhan

Kasihilah TUHAN, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap kekuatanmu. (Ulangan 6:5)


2) Ibubapa yang Mengikuti Perintah Tuhan

Apa yang kuperintahkan kepadamu pada hari ini haruslah engkau perhatikan... (Ulangan 6:6)


3) Ibubapa yang tekun Mengajari Perintah Tuhan

...haruslah engkau mengajarkannya berulang-ulang kepada anak-anakmu dan membicarakannya apabila engkau duduk di rumahmu, apabila engkau sedang dalam perjalanan, apabila engkau berbaring dan apabila engkau bangun. (Ulangan 6:7)

Kalau kita memiliki ciri-ciri ini, kita dapat mengajar anak-anak kita!





Rabu, 6 November 2013

Pengajaran Anak-Anak - Bila dan Di Mana?



Apa yang kuperintahkan kepadamu pada hari ini haruslah engkau perhatikan, haruslah engkau mengajarkannya berulang-ulang kepada anak-anakmu dan membicarakannya apabila engkau duduk di rumahmu, apabila engkau sedang dalam perjalanan, apabila engkau berbaring dan apabila engkau bangun. (Ulangan 6:6-7)

Musa mengingatkan umat untuk selalu mengajarkan perintah Tuhan kepada anak-anak. Bila dan di manakah kita mengajar anak-anak?

1) Sewaktu di rumah 

2) Sewaktu dalam perjalanan

...dan membicarakannya apabila engkau duduk di rumahmu, apabila engkau sedang dalam perjalanan... (Ulangan 6:7)

3) Sewaktu sebelum tidur

4) Sewaktu bangun pagi

...apabila engkau berbaring dan apabila engkau bangun. (Ulangan 6:7)

Peringatan yang baik daripada Musa, ertinya kita boleh mengajar anak-anak pada setiap waktu (siang dan malam) dan di setiap tempat (di dalam dan di luar rumah juga!).

Seterusnya, siapakah yang harus mengajar anak-anak?

5) Jawabnya: Ibubapa! 

...haruslah engkau mengajarkannya berulang-ulang kepada anak-anakmu dan membicarakannya apabila engkau duduk di rumahmu... (Ulangan 6:7)

Ibubapalah guru yang terpenting bagi anak-anak! Merekalah yang sentiasa bersama anak-anak samada dalam rumah atau dalam perjalanan, sebelum tidur dan selepas bangun tidur!


Baca juga:  Ciri-Ciri Ibubapa Yang Mengajar Anak-Anak