Rabu, 28 Ogos 2013

Manusia Dikenal Oleh...?

Ayam dikenali oleh kokokannya. dan harimau dikenali oleh belangnya. Bagaimana pula dengan manusia?

Manusia dikenali oleh;

1. Kasihnya - apa yang ada dalam hatinya itulah manusia yang sebenar

"Manusia melihat apa yang di depan mata, tetapi TUHAN melihat hati." (1 Sam 16:7)

2. Katanya - apa yang diucapkan melalui mulutnya akan menyatakan isi hatinya 

Kerana yang diucapkan mulut meluap dari hati (Matius 12:34).

3. Kerjanya - apa yang dilakukannya juga akan menyatakan kandungan hatinya

Anak-anakpun sudah dapat dikenal daripada perbuatannya, apakah bersih dan jujur kelakuannya (Amsal 20:11).


Begitulah caranya kita dapat mengenal seseorang Peribadi - melalui kasih, kata dan kerjanya (perbuatannya).



Tiada ulasan:

Catat Ulasan