Jumaat, 6 September 2013

Ciri-Ciri Yang Membawa Kejayaan

Pembinaan Menara Babel


Dan Ia berfirman: "Mereka ini satu bangsa dengan satu bahasa untuk semuanya. Ini barulah permulaan usaha mereka; mulai dari sekarang apapun juga yang mereka rencanakan, tidak ada yang tidak akan dapat terlaksana. (Kejadian 11:6)

Orang-orang di Babel ingin membina sebuah menara tinggi yang puncaknya sampai ke langit. Tuhan melihat usaha mereka dan tahu mereka memiliki ciri-ciri yang membawa kejayaan. Apakah ciri-ciri yang mereka miliki?

1. Komitmen Kerja 

Mereka berkata seorang kepada yang lain: "Marilah kita membuat batu bata dan membakarnya baik-baik." Lalu bata itulah dipakai mereka sebagai batu dan ter gala-gala sebagai tanah liat. (Kejadian 11:3)


2. Kesatuan

Juga kata mereka: "Marilah kita dirikan bagi kita sebuah kota dengan sebuah menara yang puncaknya sampai ke langit, dan marilah kita cari nama, supaya kita jangan terserak ke seluruh bumi." (Kejadian 11:4)


3. Komunikasi 


Juga kata mereka: "Marilah kita dirikan bagi kita sebuah kota dengan sebuah menara yang puncaknya sampai ke langit, dan marilah kita cari nama, supaya kita jangan terserak ke seluruh bumi." (Kejadian 11:4)


Namun begitu, akhirnya mereka tidak berjaya kerana mereka tidak memiliki satu ciri lagi - ciri yang terpenting. Apa yang mereka lakukan bukan mengikut:

4. Kehendak Tuhan

Baiklah Kita turun dan mengacaubalaukan di sana bahasa mereka, sehingga mereka tidak mengerti lagi bahasa masing-masing." Demikianlah mereka diserakkan TUHAN dari situ ke seluruh bumi, dan mereka berhenti mendirikan kota itu. (Kejadian 11:7-8)

Adakah ciri-ciri ini dimiliki oleh anda dan gereja anda? Anda pasti akan mengecap kejayaan jika memiliki semua ciri-ciri ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan