Khamis, 3 Oktober 2013

Daud Mencari Tuhan Sebelum Peperangan

Maka datanglah semua tua-tua Israel menghadap raja di Hebron, lalu raja Daud mengadakan perjanjian dengan mereka di Hebron di hadapan TUHAN; kemudian mereka mengurapi Daud menjadi raja atas Israel. Daud berumur tiga puluh tahun, pada waktu ia menjadi raja; empat puluh tahun lamanya ia memerintah. (2 Samuel 5:3-4)

Pada waktu itu Daud baru ditabal jadi raja. Dia bukan lagi seorang pemuda yang tak berpengalaman dalam peperangan. Daud sudah menjadi seorang yang memiliki pengalaman, kemahiran dan kejayaan dalam peperangan. 

Namun begitu, Daud tetap sungguh-sungguh mencari Tuhan sebelum memulakan pertempuran sebab dia sedar bahawa Tuhanlah yang menjadikannya berjaya dalam peperangan sejak dari mudanya.

Ketika didengar orang Filistin, bahwa Daud telah diurapi menjadi raja atas Israel, maka majulah semua orang Filistin untuk menangkap Daud. Tetapi Daud mendengar hal itu, lalu ia pergi ke kubu pertahanan. Ketika orang Filistin itu datang dan memencar di lembah Refaim, bertanyalah Daud kepada TUHAN: "Apakah aku harus maju melawan orang Filistin itu? Akan Kauserahkankah mereka ke dalam tanganku?" TUHAN menjawab Daud: "Majulah, sebab Aku pasti akan menyerahkan orang Filistin itu ke dalam tanganmu." (1 Samuel 5:17-19)

Daud sungguh-sungguh mencari Tuhan sebab dia ingin;

1) Pimpinan Tuhan

2) Penyertaan Tuhan

3) Pertolongan Tuhan

Tuhanlah sumber kekuatan dan kejayaannya!

------------------------

Aku sangat kagum dengan tim pujian dan penyembahan di gerejaku. Mereka sering melayani pada setiap minggu memimpin jemaat dalam pujian dan penyembahan. Namun pada setiap minggu, mereka akan sungguh-sungguh mencari Tuhan untuk urapan dan penyertaan Tuhan sebelum mereka memulakan pelayanan. Meskipun mereka memiliki kemahiran dan pengalaman, mereka sedar bahawa pimpinan Tuhan dan penyertaan Tuhan yang paling penting dalam pelayanan mereka.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan