Memaparkan catatan dengan label Kanak-Kanak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kanak-Kanak. Papar semua catatan

Jumaat, 8 November 2013

Ciri-Ciri Ibubapa Yang Mengajar Anak-Anak



...supaya seumur hidupmu engkau dan anak cucumu takut akan TUHAN, Allahmu, dan berpegang pada segala ketetapan dan perintah-Nya yang kusampaikan kepadamu, dan supaya lanjut umurmu. (Ulangan 6:2)

Seringkali ibubapa merasakan bahawa mereka tidak cukup kebolehan atau kemahiran untuk mengajar anak-anak Firman Tuhan. Tetapi bagi Musa, itu bukanlah ciri-ciri utama yang diperlukan oleh ibubapa untuk mengajar anak-anak mereka. 

Bagi Musa, ciri-ciri yang utama yang diperlukan oleh ibu-bapa untuk mengajar perintah Tuhan kepada anak-anak (seperti tertera dalam Ulangan 6:1-7) ialah;

1) Ibubapa yang Mengasihi Tuhan

Kasihilah TUHAN, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap kekuatanmu. (Ulangan 6:5)


2) Ibubapa yang Mengikuti Perintah Tuhan

Apa yang kuperintahkan kepadamu pada hari ini haruslah engkau perhatikan... (Ulangan 6:6)


3) Ibubapa yang tekun Mengajari Perintah Tuhan

...haruslah engkau mengajarkannya berulang-ulang kepada anak-anakmu dan membicarakannya apabila engkau duduk di rumahmu, apabila engkau sedang dalam perjalanan, apabila engkau berbaring dan apabila engkau bangun. (Ulangan 6:7)

Kalau kita memiliki ciri-ciri ini, kita dapat mengajar anak-anak kita!





Rabu, 6 November 2013

Pengajaran Anak-Anak - Bila dan Di Mana?



Apa yang kuperintahkan kepadamu pada hari ini haruslah engkau perhatikan, haruslah engkau mengajarkannya berulang-ulang kepada anak-anakmu dan membicarakannya apabila engkau duduk di rumahmu, apabila engkau sedang dalam perjalanan, apabila engkau berbaring dan apabila engkau bangun. (Ulangan 6:6-7)

Musa mengingatkan umat untuk selalu mengajarkan perintah Tuhan kepada anak-anak. Bila dan di manakah kita mengajar anak-anak?

1) Sewaktu di rumah 

2) Sewaktu dalam perjalanan

...dan membicarakannya apabila engkau duduk di rumahmu, apabila engkau sedang dalam perjalanan... (Ulangan 6:7)

3) Sewaktu sebelum tidur

4) Sewaktu bangun pagi

...apabila engkau berbaring dan apabila engkau bangun. (Ulangan 6:7)

Peringatan yang baik daripada Musa, ertinya kita boleh mengajar anak-anak pada setiap waktu (siang dan malam) dan di setiap tempat (di dalam dan di luar rumah juga!).

Seterusnya, siapakah yang harus mengajar anak-anak?

5) Jawabnya: Ibubapa! 

...haruslah engkau mengajarkannya berulang-ulang kepada anak-anakmu dan membicarakannya apabila engkau duduk di rumahmu... (Ulangan 6:7)

Ibubapalah guru yang terpenting bagi anak-anak! Merekalah yang sentiasa bersama anak-anak samada dalam rumah atau dalam perjalanan, sebelum tidur dan selepas bangun tidur!


Baca juga:  Ciri-Ciri Ibubapa Yang Mengajar Anak-Anak