Memaparkan catatan dengan label Hagai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hagai. Papar semua catatan

Khamis, 5 September 2013

Tiga Peribadi, Tiga Peranan



Pada tahun yang kedua zaman raja Darius, dalam bulan yang keenam, pada hari pertama bulan itu, datanglah firman TUHAN dengan perantaraan nabi Hagai kepada Zerubabel bin Sealtiel, bupati Yehuda, dan kepada Yosua bin Yozadak, imam besar... (Hagai 1:1)

Terdapat 3 peribadi yang memainkan 3 peranan berbeza pada zaman Hagai di Perjanjian Lama;

1. Hagai - Nabi (menyampaikan Firman dari Tuhan)

2. Yosua - Imam (mempersembahkan korban persembahan)

3. Zerubabel - Gabenor (memerintah rakyat negeri)

------------------

Dalam Perjanjian Baru, ketiga-tiga Peranan itu telah disatukan dalam Satu Peribadi iaitu Yesus Kristus;

1. Yesus sebagai Nabi 

... agar Tuhan mendatangkan waktu kelegaan, dan mengutus Yesus, yang dari semula diuntukkan bagimu sebagai Kristus... Bukankah telah dikatakan Musa: Tuhan Allah akan membangkitkan bagimu seorang nabi dari antara saudara-saudaramu, sama seperti aku: Dengarkanlah dia dalam segala sesuatu yang akan dikatakannya kepadamu. (Kisah Para Rasul 3:20,22)

2. Yesus sebagai Imam

Dan sekalipun Ia adalah Anak, Ia telah belajar menjadi taat dari apa yang telah diderita-Nya... dan Ia dipanggil menjadi Imam Besar oleh Allah, menurut peraturan Melkisedek. (Ibrani 5:8,10)

3. Yesus sebagai Raja

Sesungguhnya engkau akan mengandung dan akan melahirkan seorang anak laki-laki dan hendaklah engkau menamai Dia Yesus. Ia akan menjadi besar dan akan disebut Anak Allah Yang Mahatinggi. Dan Tuhan Allah akan mengaruniakan kepada-Nya takhta Daud, bapa leluhur-Nya, dan Ia akan menjadi raja atas kaum keturunan Yakub sampai selama-lamanya dan Kerajaan-Nya tidak akan berkesudahan." (Lukas 1:31-33)



Rabu, 4 September 2013

Firman yang Berkuasa



Pada tahun yang kedua zaman raja Darius, dalam bulan yang keenam, pada hari pertama bulan itu, datanglah firman TUHAN dengan perantaraan nabi Hagai kepada Zerubabel bin Sealtiel, bupati Yehuda, dan kepada Yosua bin Yozadak, imam besar... (Hagai 1:1)

Selepas pembinaan semula bait Allah terhenti selama 18 tahun, Tuhan mengutus nabi Hagai untuk menyampaikan Firman-Nya kepada pemimpin serta umat sehingga mereka menjadi sanggup membangun kembali bait Allah itu. 

1. Firman yang Menggerakkan    /    A Stirring Word

TUHAN menggerakkan semangat Zerubabel bin Sealtiel, bupati Yehuda, dan semangat Yosua bin Yozadak, imam besar, dan semangat selebihnya dari bangsa itu, maka datanglah mereka, lalu melakukan pekerjaan pembangunan rumah TUHAN semesta alam, Allah mereka (Hagai 1:14)

2. Firman yang Menguatkan    /    A Strengthening Word

Tetapi sekarang, kuatkanlah hatimu, hai Zerubabel, demikianlah firman TUHAN; kuatkanlah hatimu, hai Yosua bin Yozadak, imam besar; kuatkanlah hatimu, hai segala rakyat negeri, demikianlah firman TUHAN; bekerjalah, sebab Aku ini menyertai kamu, demikianlah firman TUHAN semesta alam (Hagai 2:5)

3. Firman yang Menguduskan    /    A Sanctifying Word

Berkatalah pula Hagai: "Jika seseorang yang najis oleh mayat menyentuh semuanya ini, menjadi najiskah yang disentuh itu?" Lalu para imam itu menjawab, katanya: "Tentu!" (Hagai 2:14)