Jumaat, 30 Ogos 2013

3 Berkat Persepuluhan

Bawalah seluruh persembahan persepuluhan itu ke dalam rumah perbendaharaan, supaya ada persediaan makanan di rumah-Ku dan ujilah Aku, firman TUHAN semesta alam, apakah Aku tidak membukakan bagimu tingkap-tingkap langit dan mencurahkan berkat kepadamu sampai berkelimpahan (Maleakhi 3:10)

1. Kita diberkati sebelum pun kita memberi persepuluhan - hanya orang yang mempunyai hasil atau pendapatan yang dapat memberi persepuluhan. Oleh itu, jika kita dapat memberi persepuluhan bererti kita sudahpun diberkati Tuhan!

2. Kita diberkati semasa kita memberi persepuluhan - apabila kita memberi persepuluhan, Firman Tuhan katakan bahawa "ada persediaan makanan di rumah-Ku." Ini bererti bahawa pelayanan atau pekerjaan Tuhan dapat dilakukan, dan ini menjadi berkat bagi kita dan semua orang.

3. Kita diberkati selepas kita memberi persepuluhan - sangat jelas dalam ayat ini bahawa orang yang memberi persepuluhan akan diberkati Tuhan. Tiada ayat lain dalam Alkitab yang menyuruh kita menguji Tuhan. Tuhan berkata bahawa jika kita mempersembahkan persepuluhan kita, Dia akan membuka tingkap-tingkap langit dan mencurahkan berkat-Nya kepada kita sampai kelimpahan!


Apakah pengalaman anda dalam memberi persepuluhan?



1 ulasan:

  1. Shalom...Secara peribadi, memberi persepuluhan mengajar saya untuk terus setia memberi, dapat mengurus kewangan dengan baik dan berasa gembira kerana melakukan untuk Tuhan.

    BalasPadam