Khamis, 24 Oktober 2013

Ciri-Ciri Pasangan Hidup yang Disediakan Tuhan (untuk Adam)

TUHAN Allah berfirman: "Tidak baik, kalau manusia itu seorang diri saja. Aku akan menjadikan penolong baginya, yang sepadan dengan dia." (Kejadian 2:18)

Ciri-Ciri Pasangan Hidup yang Tuhan Sediakan untuk Adam;

1) Sepadan

"...yang sepadan dengan dia." 

2) Teman

"Tidak baik, kalau manusia itu seorang diri saja."

3) Penolong

"Aku akan menjadikan penolong baginya..."



----------------------

Saya selalu akan ingat 3 Ciri itu sebab saya ingat STP (dari huruf pangkal setiap ciri - Sepadan, Teman, Penolong).

Dan apakah STP itu? Semua pelajar tahu apa itu STP. Kalau SPM ialah Saya Pinang Mu, STP pula ialah Saya Terima Pinanganmu!

Itulah pasangan untuk Adam. Bagaimana pula untuk Hawa? Apakah ciri-ciri yang ada pada Adam, pasangan yang disediakan Tuhan untuk Hawa? Mengikut ayat Firman di atas juga, calon STP untuk Hawa ialah Sepadan, Teman dan... Pemimpin! (sebab kalau Hawa ialah Penolong, Adam harus jadi Pemimpinlah!)

Adakah pasangan anda memiliki ciri-ciri seperti itu?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan