Memaparkan catatan dengan label Ulangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ulangan. Papar semua catatan

Jumaat, 8 November 2013

Ciri-Ciri Ibubapa Yang Mengajar Anak-Anak



...supaya seumur hidupmu engkau dan anak cucumu takut akan TUHAN, Allahmu, dan berpegang pada segala ketetapan dan perintah-Nya yang kusampaikan kepadamu, dan supaya lanjut umurmu. (Ulangan 6:2)

Seringkali ibubapa merasakan bahawa mereka tidak cukup kebolehan atau kemahiran untuk mengajar anak-anak Firman Tuhan. Tetapi bagi Musa, itu bukanlah ciri-ciri utama yang diperlukan oleh ibubapa untuk mengajar anak-anak mereka. 

Bagi Musa, ciri-ciri yang utama yang diperlukan oleh ibu-bapa untuk mengajar perintah Tuhan kepada anak-anak (seperti tertera dalam Ulangan 6:1-7) ialah;

1) Ibubapa yang Mengasihi Tuhan

Kasihilah TUHAN, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap kekuatanmu. (Ulangan 6:5)


2) Ibubapa yang Mengikuti Perintah Tuhan

Apa yang kuperintahkan kepadamu pada hari ini haruslah engkau perhatikan... (Ulangan 6:6)


3) Ibubapa yang tekun Mengajari Perintah Tuhan

...haruslah engkau mengajarkannya berulang-ulang kepada anak-anakmu dan membicarakannya apabila engkau duduk di rumahmu, apabila engkau sedang dalam perjalanan, apabila engkau berbaring dan apabila engkau bangun. (Ulangan 6:7)

Kalau kita memiliki ciri-ciri ini, kita dapat mengajar anak-anak kita!





Rabu, 6 November 2013

Pengajaran Anak-Anak - Bila dan Di Mana?



Apa yang kuperintahkan kepadamu pada hari ini haruslah engkau perhatikan, haruslah engkau mengajarkannya berulang-ulang kepada anak-anakmu dan membicarakannya apabila engkau duduk di rumahmu, apabila engkau sedang dalam perjalanan, apabila engkau berbaring dan apabila engkau bangun. (Ulangan 6:6-7)

Musa mengingatkan umat untuk selalu mengajarkan perintah Tuhan kepada anak-anak. Bila dan di manakah kita mengajar anak-anak?

1) Sewaktu di rumah 

2) Sewaktu dalam perjalanan

...dan membicarakannya apabila engkau duduk di rumahmu, apabila engkau sedang dalam perjalanan... (Ulangan 6:7)

3) Sewaktu sebelum tidur

4) Sewaktu bangun pagi

...apabila engkau berbaring dan apabila engkau bangun. (Ulangan 6:7)

Peringatan yang baik daripada Musa, ertinya kita boleh mengajar anak-anak pada setiap waktu (siang dan malam) dan di setiap tempat (di dalam dan di luar rumah juga!).

Seterusnya, siapakah yang harus mengajar anak-anak?

5) Jawabnya: Ibubapa! 

...haruslah engkau mengajarkannya berulang-ulang kepada anak-anakmu dan membicarakannya apabila engkau duduk di rumahmu... (Ulangan 6:7)

Ibubapalah guru yang terpenting bagi anak-anak! Merekalah yang sentiasa bersama anak-anak samada dalam rumah atau dalam perjalanan, sebelum tidur dan selepas bangun tidur!


Baca juga:  Ciri-Ciri Ibubapa Yang Mengajar Anak-Anak


Selasa, 15 Oktober 2013

Pentingnya Mengajar Generasi Baru



Setelah seluruh angkatan itu dikumpulkan kepada nenek moyangnya, bangkitlah sesudah mereka itu angkatan yang lain, yang tidak mengenal TUHAN ataupun perbuatan yang dilakukan-Nya bagi orang Israel. (Hakim-Hakim 2:10)

Selepas kematian Yosua dan generasi yang dipimpinnya, timbullah angkatan baru yang tidak mengenal Tuhan dan tidak pernah mengalami kuasa Tuhan, oleh itu, betapa;


1) Pentingnya Mengenali

... tetapi umat yang mengenal Allahnya akan tetap kuat dan akan bertindak. (Daniel 11:32)


2) Pentingnya Mengalami

Dan bangsa itu beribadah kepada TUHAN sepanjang zaman Yosua dan sepanjang zaman para tua-tua yang hidup lebih lama dari pada Yosua, dan yang telah melihat segenap perbuatan yang besar, yang dilakukan TUHAN bagi orang Israel. (Hakim 2:7)


3) Pentingnya Mengajari 

Kamu harus mengajarkannya kepada anak-anakmu dengan membicarakannya, apabila engkau duduk di rumahmu dan apabila engkau sedang dalam perjalanan, apabila engkau berbaring dan apabila engkau bangun; (Ulangan 11:19)