Selasa, 17 September 2013

Peranan Siapa?

Maka datanglah Yohanes ke seluruh daerah Yordan dan menyerukan: "Bertobatlah dan berilah dirimu dibaptis dan Allah akan mengampuni dosamu, seperti ada tertulis dalam kitab nubuat-nubuat Yesaya: Ada suara yang berseru-seru di padang gurun: Persiapkanlah jalan untuk Tuhan, luruskanlah jalan bagi-Nya. (Lukas 3:3-4)



Seringkali kita mengatakan bahawa Yohanes Pembaptis diberi peranan menyediakan umat untuk kedatangan Yesus. Itu memang benar tetapi apabila kita membaca ayat-ayat di atas dengan lebih teliti, kita akan dapati bahawa Yohanes ialah orang yang berseru, "Persiapkan jalan untuk Tuhan, luruskanlah jalan-jalan-Nya"

Jadi kepada siapakah Yohanes berseru? Dan siapakah yang harus mempersiapkan jalan Tuhan?

Jawabnya ialah umat Tuhan! (Yohanes berseru kepada umat untuk mempersiapkan jalan untuk Tuhan!)

1. Pemimpin mempunyai peranan menyediakan umat untuk lawatan dan pekerjaan Tuhan.

2. Umat mempunyai peranan menyediakan diri untuk lawatan dan pekerjaan Tuhan.

Pemimpin boleh melakukan peranannya, tetapi umat perlu melakukan peranan mereka juga!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan