Ahad, 8 September 2013

Hati Seorang Murid

Tuhan ALLAH telah memberikan kepadaku lidah seorang murid, supaya dengan perkataan aku dapat memberi semangat baru kepada orang yang letih lesu. Setiap pagi Ia mempertajam pendengaranku untuk mendengar seperti seorang murid. 
(Yesaya 50:4)

Tuhan mahu kita memiliki;

1. Lidah seorang murid - sedia mengatakan perkataan Tuhan

Tuhan ALLAH telah memberikan kepadaku lidah seorang murid, supaya dengan perkataan aku dapat memberi semangat baru kepada orang yang letih lesu. (Yesaya 50:4a)


2. Telinga seorang murid - sedia mendengarkan perkataan Tuhan

Setiap pagi Ia mempertajam pendengaranku untuk mendengar seperti seorang murid. (Yesaya 50:4b)


3. Hati seorang murid - sedia mengikuti perkataan Tuhan

Tuhan ALLAH telah membuka telingaku, dan aku tidak memberontak, tidak berpaling ke belakang. (Yesaya 50:5)


--------------------

Rahsia untuk memiliki lidah seorang murid
... ialah memiliki telinga seorang murid,

Rahsia untuk memiliki telinga seorang murid
... ialah memiliki hati seorang murid!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan